wonderland
SOALAN-SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE IPTA SESI AKADEMIK 2011/2012
Monday, April 18, 2011 9:21 AM | Written by your name 0 comments
SOALAN-SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE IPTA
SESI AKADEMIK 2011/2012
Permohonan
1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012 disiarkan?
Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012 :-
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 09 Januari 2011
2. Lepasan STPM/STAM : 09 Januari 2011
3. Lepasan SPM/Setaraf : 09 Januari 2011

2. Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012 boleh dikemukakan mengikut program melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 10 Januari 2011 (capaian mulai 12 tengah hari)
2. Lepasan STPM/STAM : 10 Januari 2011 (capaian mulai 12 tengah hari)
3. Lepasan SPM/Setaraf : 10 Januari 2011 (capaian mulai 12 tengah hari)

3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012?
Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 April 2011
2. Lepasan STPM 2009 : 04 April 2011
3. Lepasan STAM 2009,2008,2007 : 04 April 2011
4. Lepasan SPM : (Kategori B, C dan D) 04 April 2011
5. Lepasan SPM 2009 : 04 April 2011

4. Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA ?
Permohonan kemasukan ke IPTA adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my

Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun GIRO sehari selepas iklan disiarkan.
5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?
Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?
Ya. HANYA bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C dan D (Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf).

Calon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

7. Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 diumumkan?
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu ke 2 Julai 2011
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : 6 Mei 2011

8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?TIDAK. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

9. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf - Ijazah Pertama?
YA. Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian di upu.mohe.gov.my

10. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas tarikh tutup permohonan kemasukan ke IPTA?
TIDAK DIBENARKAN.

11. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang telah ditawarkan oleh sesebuah IPTA?
TIDAK DIBENARKAN.

12. Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?
TIDAK DIBENARKAN.

13. Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.

14. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012?
Pemohon perlu mendapatkan Tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf - Ijazah Pertama di IPTA.

Untuk mengikuti program pengajian Perubatan, Farmasi dan Pergigian calon perlu mencapai sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dan Tahap 4 (Band 4) bagi mengikuti Program Pengajian TESL, Undang-undang dan Kesusasteraan Inggeris.
Hebahan/Pertanyaan

15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut :
  1. Internet :
    - http://upu.mohe.gov.my
    - http://www.jpt.uum.edu.my
    - http://www.jpt.utm.my
  2. SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888
  3. Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian
16. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?
Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.

Sebarang aduan/pertanyaan sila e-mel kepada:
webmaster@ptptn.gov.my

Sila hubungi PTPTN HOTLINE - 03-2092 7788 untuk sebarang kemusykilan.
Faks : 03- 2092 1925
Aplikasi Dalam Talian

17. Apakah elemen yang perlu dimasukkan semasa mengemukakan permohonan?
Elemen yang WAJIB diisi ialah No. Kad Pengenalan/My Kad, No. Unik ID, Kata Laluan, Nama Ibu dan Kod Imej.
18. Bagaimanakah saya menjana 5 elemen wajib di atas?i- Nombor Kad Pengenalan/My Kad - menggunakan No.KP yang sah
ii- Nombor Unik ID - yang dibeli di BSN
iii- Kata Laluan - dicipta sendiri perlulah ringkas iaitu terdiri daripada enam(6) hingga lapan (8) aksara (alphanumeric) .
iv- Nama Ibu - perlulah ringkas dan mudah untuk diingati.
v.Kod Imej - berdasarkan Imej yang tertera.

19. Sekiranya saya terlupa Kata Laluan dan Nama Ibu yang dimasukkan semasa permohonan, apakah langkah atau cara terbaik untuk saya melaksanakan proses kemaskini atau semakan permohonan?
Anda boleh menghubungi BPKP JPT dengan memberi No.KP dan nombor rujukan permohonan untuk mendapatkan semula Kata Laluan atau Nama Ibu yang telah dimasukkan.

Lepasan Matrikulasi - Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID dan tidak mengingati Kata Laluan, anda perlu memaklumkan kepada Kaunselor Kolej Matrikulasi, PASUM dan Koordinator Asasi UiTM untuk penyelarasan dengan pihak BPKP JPT.

20. Adakah kemungkinan berlaku persamaan pada Nombor Unik ID yang dijana oleh BSN?
YA. Namun bagi mengemukakan permohonan, anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Unik ID, Kata Laluan dan Nama Ibu. Ini menunjukkan anda dan rakan anda yang mempunyai Nombor Unik ID yang sama akan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang berbeza.

21. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga?
Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Contoh adalah seperti berikut:

KH03 - Sarjana Muda Senibina #

22. Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi maklumat?
Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai mengemukakan permohonan iaitu setelah klik butang "Sah & Hantar". Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.

Maklumat permohonan yang dicetak selain daripada laman ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke IPTA telah berjaya dilakukan oleh anda.

23. Bagaimanakah saya boleh mengetahui permohonan saya telah selamat diterima oleh sistem ?
Anda boleh mengetahui permohonan telah diterima oleh sistem dengan membuat semakan melalui [Menu Semakan].

24. Semasa permohonan Fasa 1 saya belum memiliki keputusan akhir Matrikulasi/ KPM/PASUM/ASASI, bagaimanakah cara membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke IPTA?
Anda boleh membuat pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 1 berdasarkan keputusan Semester Pertama. Setelah keputusan semester akhir diketahui, anda boleh membuat pengemaskinian pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 2 dibuka.

Perlu diingatkan program pengajian yang mempunyai ujian dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa 2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1.

25. Saya berminat mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPTA. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi?Calon yang ingin mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

26. Bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan?

Hebahan mengenai ujian MEdSI boleh disemak mulai minggu ketiga April 2011 di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my dan panggilan temu duga pada minggu kedua Mei 2011 di Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA upu.mohe.gov.my.

27. Bagaimanakah saya mendapat surat tawaran dari IPTA?
Anda boleh mendapat surat tawaran melalui laman web IPTA. Anda juga WAJIB menyatakan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

28. Bagaimanakah saya mengemukakan rayuan sekiranya gagal mendapat sebarang tawaran ke IPTA?
Anda WAJIB mengemukakan permohonan rayuan melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Rayuan). HANYA calon yang GAGAL mendapat sebarang tawaran ke IPTA sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan e-Rayuan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

29. Bilakah keputusan rayuan diumumkan?

Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke IPTA akan diumumkan pada minggu ketiga Julai 2011 selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA. Sekiranya tidak mendapat sebarang tawaran sehingga 31 Julai 2011, permohonan rayuan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

30. Adakah BPKP JPT melaksanakan Ambilan Semester Kedua (Disember)?

TIDAK. Walau bagaimanapun terdapat beberapa IPTA tertentu melaksanakan Ambilan Semester Kedua. Sila layari laman web IPTA berkaitan untuk maklumat lanjut.
Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mel kami upu@mohe.gov.my atau kunjungi kami di Karnival Pengajian Tinggi Negara - JOM MASUK U Tahun 2010 di 11 lokasi terpilih mulai minggu kedua Januari hingga minggu pertama April 2011. Maklumat lanjut sila layari Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA upu.mohe.gov.my



Dikemaskini pada 09/10/2010
WONDERLAND
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Mauris pulvinar lobortis luctus. Donec posuere sollicitudin diam, non semper metus vulputate nec. Curabitur lobortis porttitor convallis. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae. description here.
NAVI //
about entry links cbox Follow