wonderland
Program Matrikulasi Sesi 2011/2012
Saturday, April 16, 2011 8:01 AM | Written by your name 0 comments
pengumuman
Program Matrikulasi Sesi 2011/2012
Written by Tajul Azhar bin Mohd Tajul Ariffin    Tuesday, 05 April 2011 16:06   Print
Program Matrikulasi Sesi 2011/2012 berwajah baru dengan memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk memilih tiga jurusan yang ditawarkan untuk pengambilan yang akan datang. Kursus-kursus berikut adalah:
1. Modul I
2. Modul II
3. Modul III
Permohonan yang telah dilaksanakan akan diproses dan pemilihan terhadap ketiga-tiga modul tersebut akan berlaku di Kolej-kolej Matrikulasi seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat dua program yang akan berjalan secara langsung iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun untuk jurusan Sains sahaja. Harus diingat Jurusan Sains mengandungi tiga modul yang diterangkan di atas. Pakej mata pelajaran adalah sama bagi kedua-dua Program Satu Tahun (PST) ataupun Program Dua Tahun.
Walaubagaimanapun, jurusan Perakaunan dan Teknikal masih mengekalkan struktur program yang sama seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Program Satu Tahun (PST)

Pelajar yang terlibat dalam PST terdiri daripada pelajar Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Teknikal. Seperti yang diterangkan sebelum ini, pelajar daripada aliran Sains akan dipecahkan kepada tiga modul seperti yang disebutkan di atas. Setiap Modul adalah berdasarkan Jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedua jurusan tersebut digarap dengan mata pelajaran Sains Komputer sebagai tambahan.

Program Dua Tahun (PDT)

Program ini mempunyai tempoh pengajian sebanyak empat semester. Walaubagaimanapun, hanya Jurusan Sains sahaja yang terlibat. Tiga modul seperti yang disebutkan di atas masih wujud cuma tempoh pengajian dipanjangkan sebanyak setahun lagi menjadikannya sebanyak dua tahun. Ini adalah bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang kurang baik tetapi masih ingin mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, program ini hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja.

Program Teknikal

Program ini mula diperkenalkan pada sesi 2009/2010 dan dikhaskan kepada pelajar dari sekolah menengah teknikal atau pelajar dari sekolah harian tetapi mempunyai latar belakang mata pelajaran teknologi kejuruteraan. Progam teknikal hanya menawarkan pengajian selama satu tahun dan struktur pengajian adalah sama dengan apa yang ditawarkan oleh PST.

Program Perakaunan

Program ini hanya menawarkan jangkamasa selama satu tahun sahaja.
Sila layari Menu Soalan Lazim untuk mendapatkan tips untuk pengambilan dan syarat Program Matrikulasi
.http://www.moe.gov.my/bmkpm/index.php/program-matrikulasi/45/303-matrik-2011-2012
WONDERLAND
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Mauris pulvinar lobortis luctus. Donec posuere sollicitudin diam, non semper metus vulputate nec. Curabitur lobortis porttitor convallis. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae. description here.
NAVI //
about entry links cbox Follow